Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Yahya 20:13-18 in Malay (individual language)

Help us?

Yahya 20:13-18 in Kitab Suci Zabur dan Injil

13 Malaikat-malaikat itu bertanya kepada Maryam, ‘Puan, mengapa menangis?’ Maryam menyahut, ‘Jenazah Junjunganku telah diambil, entah ke mana dialihkan!’
14 Kemudian Maryam menoleh lalu melihat Isa berdiri di situ, tetapi Maryam tidak mengenal-Nya.
15 Isa berkata kepada Maryam, ‘Puan, mengapa menangis? Siapakah yang kamu cari?’ Pada sangkaan Maryam, Dia tukang kebun di taman itu. Dengan demikian Maryam berkata, ‘Tuan, jika kamu telah mengalihkan jenazah Isa, beritahulah aku di mana kamu letakkan-Nya, supaya dapat kuambil jenazah-Nya.’
16 Isa berkata kepadanya, ‘Maryam!’ Maryam berpaling kepada Isa lalu berseru dalam bahasa Ibrani, ‘Rabboni!’ (ertinya ‘Guru’).
17 Isa berkata kepadanya, ‘Jangan berpaut pada-Ku, kerana Aku belum lagi kembali kepada Bapa. Pergilah kepada pengikut-pengikut-Ku, katakan kepada mereka bahawa sekarang Aku akan kembali kepada Bapa-Ku dan Bapamu, Allah Tuhan-Ku dan Allah Tuhanmu.’
18 Maryam pun pergi mendapatkan para pengikut Isa lalu memberitahu bahawa Dia telah melihat Junjungan dan Dia telah menuturkan kata-kata itu kepadanya.
Yahya 20 in Kitab Suci Zabur dan Injil