Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Yahya 19:1-23 in Malay (individual language)

Help us?

Yahya 19:1-23 in Kitab Suci Zabur dan Injil

1 Setelah itu, Pilatus pun membawa Isa dan mengarahkan supaya Isa disesah.
2 Askar-askar menganyam mahkota daripada duri, dan mengenakannya pada kepala Isa. Kemudian mereka menyarungkan jubah berwarna ungu ke tubuh-Nya.
3 Mereka datang kepada-Nya dan berkata, ‘Daulat Raja orang Yahudi!’ lalu menampar-Nya.
4 Pilatus keluar lagi dan berkata kepada mereka, ‘Lihat, aku bawakan Dia kepadamu, supaya kamu tahu aku mendapati Dia tidak bersalah sama sekali.’
5 Isa pun keluar dengan memakai mahkota duri dan jubah ungu itu. Pilatus berkata kepada mereka, ‘Lihatlah orang ini!’
6 Apabila ketua-ketua imam dan pegawai-pegawai melihat-Nya, mereka berteriak, ‘Salibkan Dia! Salibkan Dia!’ Pilatus berkata kepada mereka, ‘Kamu ambil dan saliblah Dia; kerana aku mendapati-Nya tidak bersalah sama sekali.’
7 Orang Yahudi itu menjawab, ‘Kami ada undang-undang, dan menurut undang-undang itu Dia patut dihukum mati, kerana Dia mengaku diri-Nya Putera Allah.’
8 Apabila mendengar kata-kata itu, Pilatus semakin takut.
9 Dia masuk semula ke istana dan bertanya kepada Isa, ‘Dari manakah Kamu ini?’ Tetapi Isa tidak menjawab.
10 Kemudian Pilatus berkata kepada-Nya, ‘Kamu tidak menjawab soalanku? Tidakkah kamu tahu aku berkuasa untuk menyalib-Mu atau membebaskan-Mu?’
11 Isa menjawab, ‘Kamu tidak mungkin mempunyai kuasa langsung ke atas-Ku kecuali diberikan kepadamu dari atas; maka yang menyerahkan-Ku kepadamu itu lebih besar dosanya.’
12 Selepas itu Pilatus cuba membebaskan-Nya, tetapi orang Yahudi berseru, ‘Jika kamu membebaskan orang ini, kamu bukanlah penyokong Kaisar; kerana sesiapa yang mengaku dirinya raja bercakap menentang Kaisar.’
13 Ketika Pilatus mendengar kata-kata demikian, dia pun membawa Isa, lalu duduk di kerusi pengadilan di tempat yang disebut ‘Laman Batu’, dalam bahasa Ibrani Gabbatha.
14 Pada waktu itu persediaan sedang dibuat untuk perayaan Paska, kira-kira jam keenam. Pilatus berkata kepada orang Yahudi, ‘Lihatlah Raja kamu!’
15 Tetapi mereka berseru, ‘Bawa Dia pergi! Bawa Dia pergi! Salibkan Dia!’ Pilatus berkata kepada mereka, ‘Adakah kamu mahu aku salib Rajamu?’ Ketua-ketua imam menjawab, ‘Kami tidak ada raja selain Kaisar.’
16 Oleh itu Pilatus pun menyerahkan Isa kepada mereka untuk disalib.
17 Lalu mereka mengambil-Nya dan membawa-Nya pergi. Isa pun mengangkat salib-Nya dan pergi ke suatu tempat yang dipanggil Tempat Tengkorak, yang dalam bahasa Ibrani disebut Golgota.
18 Di situ mereka menyalib-Nya, bersama dua orang lain di kiri kanan-Nya.
19 Pilatus memerintahkan supaya satu catatan ditulis dan diletakkannya di atas salib itu. Tulisan itu berbunyi: ISA ORANG NASARET, RAJA ORANG YAHUDI.
20 Ramai orang Yahudi membaca tulisan itu, kerana tempat Isa disalib itu dekat dengan kota, dan tulisan itu dalam bahasa Ibrani, Yunani dan Latin.
21 Ketua-ketua imam Yahudi pula berkata kepada Pilatus, ‘Janganlah tulis: “Raja Orang Yahudi.” Tetapi, tulislah: “Dia berkata Dia raja orang Yahudi.” ’
22 Pilatus menjawab, ‘Apa yang sudah kutulis itu sudah kutulis.’
23 Setelah menyalib Isa, askar-askar mengambil pakaian-Nya, dibahagi empat, sebahagian untuk setiap askar. Mereka mengambil jubah-Nya juga. Jubah itu tidak berkelim, seluruhnya dianyam dari atas.
Yahya 19 in Kitab Suci Zabur dan Injil