Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Yahya - Yahya 17

Yahya 17:13-24

Help us?
Click on verse(s) to share them!
13‘Sekarang Aku akan datang kepada-Mu. Semua ini Kukatakan ketika Aku masih di dunia, supaya kebahagiaan-Ku dapat dialami mereka sepenuhnya.
14Setelah Kusampaikan firman-Mu kepada mereka, dunia membenci mereka kerana mereka bukan dari dunia ini, seperti Aku juga bukan daripada dunia ini.
15Aku tidak memohon-Mu untuk mengeluarkan mereka dari dunia ini. Aku memohon semoga Engkau melindungi mereka daripada Si Durjana.
16Sebagaimana Aku bukan dari dunia ini, begitu jugalah mereka.
17Sucikanlah mereka dengan kebenaran-Mu; firman-Mu adalah kebenaran.
18Aku mengutus mereka ke dunia sebagaimana Engkau mengutus-Ku ke dunia.
19Demi kebaikan mereka Aku menyucikan diri-Ku supaya mereka juga disucikan dalam kebenaran.
20‘Aku bukan berdoa untuk mereka saja tetapi juga untuk semua orang yang percaya kepada-Ku melalui kata-kata mereka.
21Bapa, Aku berdoa supaya mereka semua menjadi satu sebagaimana Engkau di dalam-Ku dan Aku di dalam-Mu dan supaya mereka juga ada di dalam Kita. Dengan demikian dunia dapat percaya bahawa Engkaulah yang telah mengutus-Ku.
22Aku memberi mereka kemuliaan yang Kauberikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu sebagaimana Kita adalah satu.
23Aku di dalam mereka dan Engkau di dalam-Ku, supaya mereka bersatu sepenuhnya. Dengan demikian dunia akan tahu bahawa Engkau sebenarnya telah mengutus-Ku, dan Engkau mengasihi mereka sebagaimana Engkau mengasihi-Ku.
24‘Bapa, Aku menghendaki mereka yang Kauserahkan kepada-Ku ada bersama-Ku di mana Aku berada, supaya mereka dapat melihat kemuliaan yang Kauberikan kepada-Ku, kerana Engkau mengasihi-Ku ketika dunia ini belum diwujudkan lagi.

Read Yahya 17Yahya 17
Compare Yahya 17:13-24Yahya 17:13-24