Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Yahya 15:12-16 in Malay (individual language)

Help us?

Yahya 15:12-16 in Kitab Suci Zabur dan Injil

12 Inilah perintah-Ku: Kasihilah sesama sendiri, seperti Aku mengasihimu.
13 Tiada kasih yang lebih besar daripada kasih seorang yang mengorbankan nyawanya untuk sahabatnya.
14 Kamu sahabat-sahabat-Ku jika kamu melaksanakan perintah yang telah Kuberikan.
15 Aku tidak lagi memanggilmu hamba, kerana hamba tidak tahu apa yang dilakukan oleh tuannya. Aku memanggilmu sahabat-sahabat-Ku, kerana segala perkara yang Kudengar daripada Bapa-Ku telah Kuberitahu kepadamu.
16 Bukan kamu yang memilih-Ku tetapi Aku yang memilihmu dan menyuruhmu berbuah lebat, dan buahmu itu haruslah kekal, maka Bapa akan mengabulkan apa sahaja permohonanmu dalam nama-Ku.
Yahya 15 in Kitab Suci Zabur dan Injil