Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Yahya 12:14-25 in Malay (individual language)

Help us?

Yahya 12:14-25 in Kitab Suci Zabur dan Injil

14 Isa mendapatkan seekor keldai muda lalu menunggangnya. Maka berlakulah apa yang tersurat di dalam Kitab Suci,
15 ‘Janganlah takut. Wahai puteri Sion; lihatlah Rajamu datang menunggang seekor keldai muda!’
16 Sewaktu itu para pengikut Isa tidak memahami erti segala ini. Setelah Isa dimuliakan melalui kematian dan kebangkitan-Nya, barulah mereka sedar bahawa segala yang dilakukan oleh orang ramai terhadap-Nya telah tersurat di dalam Kitab Suci.
17 Orang yang mendengar Isa memanggil Lazarus keluar dari makam dan melihat Dia membangkitkannya daripada kematian terus memberi kesaksian tentang kejadian itu.
18 Dengan demikian, ramai orang datang berjumpa Isa kerana mendengar tentang mukjizat-Nya itu.
19 Orang Farisi berkata sesama sendiri, ‘Lihatlah, sia-sia segala usaha kita. Seluruh dunia telah mengikut-Nya.’
20 Di antara orang ramai yang pergi ke Baitulmaqdis untuk beribadat pada waktu perayaan itu ada sebilangan orang Yunani.
21 Mereka mendapatkan Filipus, yang berasal dari Betsaida di Galilea, lalu berkata, ‘Tuan, kami ingin bertemu dengan Isa.’
22 Filipus pun memberitahu Andreas lalu mereka berdua pergi menyampaikan hal itu kepada Isa.
23 Isa berkata kepada mereka, ‘Sudah sampai masanya Putera Insan dimuliakan.
24 Sesungguhnya Aku berkata kepadamu: Jika benih gandum tidak jatuh di tanah lalu mati, benih gandum itu hanyalah benih. Tetapi sekiranya benih itu mati, benih itu akan banyak menghasilkan buah.
25 Orang yang sayangkan hidupnya akan kehilangan hidup itu. Tetapi orang yang tidak sayangkan hidupnya di dunia ini akan mendapat hidup yang kekal.
Yahya 12 in Kitab Suci Zabur dan Injil