3 Bukan itu sahaja, tetapi kita juga bersukacita dengan penderitaan kita, kerana kita tahu bahawa penderitaan membina ketabahan.
4 Ketabahan membina budi pekerti; dan budi pekerti membina harapan.
5 Dan harapan tidak mengecewakan kita, kerana Allah telah mencurahkan kasih-Nya ke dalam hati kita melalui Roh Suci, yang telah dikurniakan-Nya kepada kita.
6 Lihatlah, tepat pada masanya, ketika kita masih tidak berdaya, al-Masih telah mati untuk orang yang fasiq.
7 Jarang sekali seseorang mahu mati untuk orang yang benar, meski untuk orang yang baik mungkin ada yang sanggup mati.
8 Tetapi Allah telah menunjukkan kasih-Nya sendiri terhadap kita dengan demikian: Ketika kita masih berdosa, al-Masih telah mati untuk kita.
9 Oleh sebab sekarang kita telah diperbenar dengan darah-Nya, lebih-lebih lagilah kita akan diselamatkan daripada kemurkaan Allah melalui-Nya.
10 Kerana jika semasa kita seteru Tuhan kita telah didamaikan dengan-Nya melalui kematian Putera-Nya, lebih-lebih lagilah, setelah didamaikan, kita akan diselamatkan melalui kehidupan-Nya!
11 Bukan ini sahaja, tetapi kita juga bersukacita dalam Allah melalui Junjungan kita Isa al-Masih yang melalui-Nya kita telah menerima pendamaian.