Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Rom 3:7-22 in Malay (individual language)

Help us?

Rom 3:7-22 in Kitab Suci Zabur dan Injil

7 Jika kebenaran Allah bertambah kerana aku mendustai kemuliaan-Nya, mengapa aku tetap dihakimi sebagai orang berdosa?
8 Dan mengapa tidak dikatakan, ‘Mari kita berbuat jahat supaya hasilnya baik.’ Demikian orang memfitnahkan kita berkata dan sesetengahnya menegaskan bahawa kita berkata begitu. Hukuman atas mereka itu memang wajar.
9 Jadi bagaimana? Adakah kita lebih baik daripada mereka? Tidak sekali-kali. Kerana dahulu kita telah mengatakan bahawa baik orang Yahudi mahupun bukan Yahudi semuanya berada di bawah kuasa dosa.
10 Sebagaimana tersurat: ‘Tiada yang benar, seorang pun tidak.
11 Tiada yang mengerti, tiada yang mencari Allah.
12 Semua telah menyeleweng semuanya tidak berguna; Tiada yang berbuat baik, seorang pun tidak.
13 Kerongkong mereka seperti kubur terbuka; tipu daya mengalir dari lidah mereka; dan fitnah seperti bisa ular tersembur dari bibir mereka.
14 Mulut mereka penuh sumpah seranah dan kepahitan.
15 Kaki mereka cepat menumpahkan darah.
16 Kemusnahan dan kesengsaraan mereka timbulkan merata-rata,
17 sedangkan jalan damai tidak mereka kenal.
18 Rasa takut terhadap Allah tiada di jiwa mereka.’
19 Kita tahu bahawa segala yang tersurat di dalam Taurat adalah bagi mereka yang hidup di bawah Taurat. Oleh itu tiada siapapun dapat berdalih dan seluruh umat manusia akan dihakimi oleh Allah.
20 Oleh itu tiada siapapun akan diperakui benar di sisi Allah kerana mengamalkan hukum Taurat. Sebaliknya hukum Taurat hanya menyedarkan manusia bahawa mereka berdosa.
21 Tetapi sekarang, tanpa hukum Taurat, kebenaran Allah telah dinyatakan. Hukum Taurat dan para nabi telah memberikan kesaksian tentang hal itu.
22 Kebenaran Allah hanya melalui iman kepada Isa al-Masih. Hal ini berlaku kepada semua orang tanpa membezakan sesiapapun.
Rom 3 in Kitab Suci Zabur dan Injil