Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Rom 3:5-14 in Malay (individual language)

Help us?

Rom 3:5-14 in Kitab Suci Zabur dan Injil

5 Tetapi jika kemungkaran kita menunjukkan kebenaran Allah, apa yang harus kita katakan? Adakah Allah tidak adil menimpakan kemurkaan-Nya? (Aku bercakap sebagai seorang manusia.)
6 Sama sekali tidak! Kerana jika demikian, bagaimana Allah dapat menghakimi dunia!
7 Jika kebenaran Allah bertambah kerana aku mendustai kemuliaan-Nya, mengapa aku tetap dihakimi sebagai orang berdosa?
8 Dan mengapa tidak dikatakan, ‘Mari kita berbuat jahat supaya hasilnya baik.’ Demikian orang memfitnahkan kita berkata dan sesetengahnya menegaskan bahawa kita berkata begitu. Hukuman atas mereka itu memang wajar.
9 Jadi bagaimana? Adakah kita lebih baik daripada mereka? Tidak sekali-kali. Kerana dahulu kita telah mengatakan bahawa baik orang Yahudi mahupun bukan Yahudi semuanya berada di bawah kuasa dosa.
10 Sebagaimana tersurat: ‘Tiada yang benar, seorang pun tidak.
11 Tiada yang mengerti, tiada yang mencari Allah.
12 Semua telah menyeleweng semuanya tidak berguna; Tiada yang berbuat baik, seorang pun tidak.
13 Kerongkong mereka seperti kubur terbuka; tipu daya mengalir dari lidah mereka; dan fitnah seperti bisa ular tersembur dari bibir mereka.
14 Mulut mereka penuh sumpah seranah dan kepahitan.
Rom 3 in Kitab Suci Zabur dan Injil