Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Rom 3:13-28 in Malay (individual language)

Help us?

Rom 3:13-28 in Kitab Suci Zabur dan Injil

13 Kerongkong mereka seperti kubur terbuka; tipu daya mengalir dari lidah mereka; dan fitnah seperti bisa ular tersembur dari bibir mereka.
14 Mulut mereka penuh sumpah seranah dan kepahitan.
15 Kaki mereka cepat menumpahkan darah.
16 Kemusnahan dan kesengsaraan mereka timbulkan merata-rata,
17 sedangkan jalan damai tidak mereka kenal.
18 Rasa takut terhadap Allah tiada di jiwa mereka.’
19 Kita tahu bahawa segala yang tersurat di dalam Taurat adalah bagi mereka yang hidup di bawah Taurat. Oleh itu tiada siapapun dapat berdalih dan seluruh umat manusia akan dihakimi oleh Allah.
20 Oleh itu tiada siapapun akan diperakui benar di sisi Allah kerana mengamalkan hukum Taurat. Sebaliknya hukum Taurat hanya menyedarkan manusia bahawa mereka berdosa.
21 Tetapi sekarang, tanpa hukum Taurat, kebenaran Allah telah dinyatakan. Hukum Taurat dan para nabi telah memberikan kesaksian tentang hal itu.
22 Kebenaran Allah hanya melalui iman kepada Isa al-Masih. Hal ini berlaku kepada semua orang tanpa membezakan sesiapapun.
23 Kerana semua manusia berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah.
24 Namun, dengan kasih kurnia Allah yang dikurniakan-Nya dengan rela, manusia dapat diperbenar melalui penebusan yang terdapat dalam Isa al-Masih.
25 Allah menjadikan Isa al-Masih korban pendamaian supaya dengan kematian Isa, dosa orang yang beriman kepada-Nya diampunkan. Allah berbuat demikian untuk memperlihatkan keadilan-Nya kerana pada masa silam, Allah bersabar terhadap dosa manusia dan tidak menghukum mereka.
26 Tetapi sekarang Dia bertindak terhadap dosa untuk menyatakan kebenaran-Nya. Allah menunjukkan bahawa Dia benar dan memperbenar semua mereka yang beriman kepada Isa.
27 Dengan demikian, apakah yang dapat dibanggakan? Tidak ada sama sekali! Adakah melalui ketaatan akan hukum Taurat? Tidak, tetapi melalui iman.
28 Kerana kami yakin bahawa manusia diperbenar atas iman kepada Isa al-Masih, bukan kerana dia mengamalkan apa yang diwajibkan oleh hukum Taurat.
Rom 3 in Kitab Suci Zabur dan Injil