22 Mereka mengaku bijaksana, tetapi sebenarnya mereka tolol.
23 Mereka berpaling daripada kemuliaan Allah yang kekal lalu menyembah patung-patung yang diperbuat seperti bentuk manusia yang fana, burung, haiwan berkaki empat dan binatang yang menjalar.
24 Oleh itu Allah membiarkan mereka menurut nafsu melakukan pelbagai noda, maka mereka mencemari tubuh sesama sendiri.
25 Mereka merangkul yang palsu dan berpaling daripada yang benar daripada Allah. Mereka menyembah makhluk ciptaan dan berpaling daripada Allah Pencipta Yang Maha Suci dan Maha Tinggi selama-lamanya. Amin.
26 Itulah sebabnya Allah membiarkan mereka didorong hawa nafsu yang keji. Kaum wanita mereka pun berpaling daripada yang tabii kepada yang di luar tabii.
27 Demikian juga kaum lelaki. Mereka berpaling daripada hubungan tabii dengan wanita dan dibakar syahwat terhadap sama sejenis. Lelaki dengan lelaki melakukan perkara yang aib, lalu menerima di dalam diri mereka hukuman yang setimpal.