Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Rom 1:10-22 in Malay (individual language)

Help us?

Rom 1:10-22 in Kitab Suci Zabur dan Injil

10 dalam doaku, dan memohon semoga dengan izin Allah aku dapat mengunjungimu.
11 Aku sungguh ingin berjumpa dengan kamu untuk menyampaikan sesuatu pemberian rohani bagi menguatkanmu;
12 maksudku, supaya kita saling meneguhkan semangat: aku mendapat keteguhan daripada imanmu, dan kamu daripada imanku.
13 Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, aku telah merancang berkali-kali untuk mengunjungimu, namun hingga kini ada saja aral melintang. Aku ingin agar pelayananku di kalanganmu membuahkan hasil, seperti di kalangan bangsa-bangsa asing yang lain.
14 Aku memikul kewajipan terhadap orang Yunani dan yang bukan orang Yunani, yang bertamadun dan yang tidak bertamadun, yang berpendidikan dan yang tidak berpendidikan.
15 Inilah sebabnya aku amat ingin dan bersedia menyebarkan Injil di kalanganmu yang di Rom juga.
16 Aku tidak teragak-agak menyebarkan Injil, kerana ia adalah kuasa daripada Allah untuk menyelamatkan setiap orang yang beriman, mula-mula kepada orang Yahudi kemudian kepada bangsa asing.
17 Kerana di dalamnya kebenaran Allah dinyatakan dari iman ke iman, sebagaimana tersurat di dalam Kitab Suci: ‘Orang benar akan hidup dengan iman.’
18 Kemurkaan Allah ternyata dari syurga terhadap segala kefasiqan dan kedurjanaan yang dilakukan oleh manusia, yang menyembunyikan kebenaran dengan kedurjanaan,
19 kerana segala yang mungkin diketahui oleh manusia tentang Allah telah nyata bagi mereka; Allah sendiri telah menyatakannya kepada mereka.
20 Sejak wujudnya alam semesta, sifat-sifat Allah yang tidak dapat dilihat dengan mata, iaitu kuasa-Nya yang kekal dan ketuhanan-Nya, semuanya jelas ternyata serta difahami melalui segala ciptaan-Nya. Oleh itu tiada alasan bagi memaafkan mereka.
21 Walaupun mereka telah mengenal Allah, tetapi mereka tidak memuliakan-Nya dan tidak memuji-Nya dengan syukur, sebaliknya mereka memikirkan yang sia-sia dan jiwa mereka yang tolol diliputi kegelapan.
22 Mereka mengaku bijaksana, tetapi sebenarnya mereka tolol.
Rom 1 in Kitab Suci Zabur dan Injil