Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Rom 12:3-13 in Malay (individual language)

Help us?

Rom 12:3-13 in Kitab Suci Zabur dan Injil

3 Aku berkata kepada setiap orang daripadamu, melalui kasih kurnia yang diberikan kepadaku: Janganlah nilai dirimu lebih tinggi daripada sepatutnya, sebaliknya nilailah dirimu sewajarnya, selaras dengan kadar iman yang telah diberikan Allah kepada setiap orang.
4 Sebagaimana tubuh manusia terdiri daripada beberapa anggota yang berbagai-bagai tugasnya dan bukan semua anggota itu mempunyai tugas yang sama,
5 begitu jugalah kita yang ramai ini, semuanya anggota satu tubuh dalam al-Masih, dan saling memiliki.
6 Kita mempunyai kurnia yang berlainan menurut kasih kurnia yang diberikan kepada kita. Sekiranya kita dianugerahi kurnia untuk bernubuat, maka bernubuatlah menurut kadar iman kita;
7 kalau untuk melayani, gunakanlah dalam pelayanan kita; jika untuk mengajar, gunakanlah dalam pengajaran.
8 Orang yang dianugerahi kurnia untuk menasihati, hendaklah dia menggunakannya dalam memberikan nasihat; kalau untuk memberi, lakukanlah dengan murah hati; kiranya untuk memimpin, berilah pimpinan dengan bersungguh-sungguh; dan jika untuk menunjukkan belas kasihan, lakukanlah dengan sukacita.
9 Kasih hendaklah bersih daripada pura-pura. Bencilah kejahatan. Berpeganglah kepada kebaikan.
10 Hendaklah kamu bersikap baik dan mengasihi sesama sendiri dengan kasih persaudaraan, serta saling menghormati dan mengutamakan;
11 jangan biarkan kerajinanmu berkurangan; hendaklah semangatmu tetap berkobar-kobar; sentiasa abdikan diri kepada Tuhan.
12 Bergembiralah dalam harapan, tabah menghadapi kesusahan, dan terus-menerus berdoa.
13 Berilah bantuan untuk memenuhi keperluan orang salih, dan berikan tempat menumpang.
Rom 12 in Kitab Suci Zabur dan Injil