Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Markus 4:23-33 in Malay (individual language)

Help us?

Markus 4:23-33 in Kitab Suci Zabur dan Injil

23 Jika kamu bertelinga, dengarlah.’
24 Selepas itu Isa berkata, ‘Perhatikan apa yang kamu dengar. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu, malah lebih berat lagi.
25 Sesiapa yang ada sesuatu akan diberi lebih banyak lagi; tetapi sesiapa yang tidak ada, sedikit yang ada padanya pun akan diambil daripadanya.’
26 Isa berkata seterusnya, ‘Kerajaan Allah ibarat seorang yang menabur benih di ladangnya.
27 Malam dia tidur, siang dia bekerja. Benih itu terus-menerus tumbuh dan membesar. Dia tidak faham bagaimana hal itu terjadi.
28 Tanahlah yang menumbuhkan tanaman hingga berbuah – mula-mula pucuk, kemudian bulir, akhirnya buah.
29 Setelah masak, buahnya dituai oleh orang itu kerana musim menuai telah tiba.’
30 ‘Bagaimanakah kerajaan Allah?’ kata Isa lagi. ‘Apakah ibarat yang dapat digunakan untuk menjelaskannya?
31 Keadaannya seperti biji sesawi yang ditabur di tanah, iaitu benih terkecil di dunia.
32 Tetapi apabila ditabur, benih itu tumbuh dan menjadi tumbuhan yang terbesar. Dahannya begitu rimbun sehingga burung membuat sarang di bawah keteduhannya.’
33 Dengan banyak ibarat yang semacam itu Isa mengajar tentang firman kepada mereka, setakat yang dapat mereka faham.
Markus 4 in Kitab Suci Zabur dan Injil