Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 3:4-18 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 3:4-18 in Kitab Suci Zabur dan Injil

4 seperti yang tersurat dalam kitab Nabi Yasyaya: ‘Suara seorang yang berseru di gurun, “Sediakanlah jalan untuk Tuhan, luruskanlah jalan untuk-Nya.
5 Setiap lembah akan ditambak dan setiap gunung serta bukit akan diratakan. Tempat bengkang-bengkok akan diluruskan dan jalan lekak-lekuk akan dilicinkan.
6 Semua manusia akan melihat penyelamatan yang dikurniakan oleh Allah.” ’
7 Yahya berkata kepada orang ramai yang berkerumun untuk diimadkannya, ‘Hai, kamu seperti ular berbisa, siapakah yang telah memberimu amaran supaya melarikan diri daripada kemurkaan Allah yang akan datang?
8 Kamu hendaklah membuktikan pertaubatanmu dengan perbuatan yang baik, dan jangan mula berkata sesama sendiri, ‘Ibrahim bapa kita’, kerana aku berkata kepadamu bahawa Allah berkuasa menjadikan anak-anak bagi Ibrahim daripada batu-batu ini.
9 Kapak telah sedia terletak pada akar pokok kayu. Jadi, setiap pokok kayu yang tidak mengeluarkan buah yang baik akan ditebang dan dibuangkan ke dalam api.’
10 Orang ramai itu bertanya kepada Yahya, ‘Jadi, apa yang harus kami buat?’
11 Dia menjawab, ‘Sesiapa yang mempunyai dua helai baju hendaklah memberi kepada orang yang tidak mempunyai baju, dan sesiapa yang mempunyai makanan hendaklah berkongsi dengan orang yang memerlukannya.’
12 Ada pemungut cukai datang untuk diimadkan lalu bertanya kepada Yahya, ‘Tuan Guru, apa yang harus kami buat?’
13 Yahya berkata kepada mereka, ‘Jangan suruh orang membayar lebih daripada apa yang ditetapkan.’
14 Ada askar bertanya kepadanya, ‘Bagaimanakah dengan kami? Apa yang harus kami buat?’ Yahya berkata kepada mereka, ‘Jangan aniayai orang dan jangan rampas harta benda atau ajukan tuduhan palsu. Berpuas hatilah dengan gajimu.’
15 Orang ramai menanti-nanti dengan penuh harapan dan mereka tertanya-tanya dalam hati tentang Yahya kalau-kalau dialah al-Masih itu.
16 Yahya berkata kepada mereka, ‘Aku ini mengimadkan kamu dengan air tetapi seorang yang lebih berkuasa daripadaku akan datang. Aku ini tidak layak walaupun untuk mengurai tali kasut-Nya. Dialah yang akan mengimadkan kamu dengan Roh Suci dan api.
17 Nyiru ada di dalam tangan-Nya untuk menampi bijirin dan mengumpulkannya di dalam rengkiang tetapi sekam akan dibakar-Nya dalam api yang tidak dapat dipadamkan.’
18 Yahya menasihati orang dengan pelbagai cara serta memberitakan Injil kepada mereka.
Lukas 3 in Kitab Suci Zabur dan Injil