Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 3:3-10 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 3:3-10 in Kitab Suci Zabur dan Injil

3 Lalu Yahya pergi ke seluruh daerah Sungai Yordan mengkhabarkan suatu pengimadan sebagai tanda pertaubatan yang membawa pengampunan dosa,
4 seperti yang tersurat dalam kitab Nabi Yasyaya: ‘Suara seorang yang berseru di gurun, “Sediakanlah jalan untuk Tuhan, luruskanlah jalan untuk-Nya.
5 Setiap lembah akan ditambak dan setiap gunung serta bukit akan diratakan. Tempat bengkang-bengkok akan diluruskan dan jalan lekak-lekuk akan dilicinkan.
6 Semua manusia akan melihat penyelamatan yang dikurniakan oleh Allah.” ’
7 Yahya berkata kepada orang ramai yang berkerumun untuk diimadkannya, ‘Hai, kamu seperti ular berbisa, siapakah yang telah memberimu amaran supaya melarikan diri daripada kemurkaan Allah yang akan datang?
8 Kamu hendaklah membuktikan pertaubatanmu dengan perbuatan yang baik, dan jangan mula berkata sesama sendiri, ‘Ibrahim bapa kita’, kerana aku berkata kepadamu bahawa Allah berkuasa menjadikan anak-anak bagi Ibrahim daripada batu-batu ini.
9 Kapak telah sedia terletak pada akar pokok kayu. Jadi, setiap pokok kayu yang tidak mengeluarkan buah yang baik akan ditebang dan dibuangkan ke dalam api.’
10 Orang ramai itu bertanya kepada Yahya, ‘Jadi, apa yang harus kami buat?’
Lukas 3 in Kitab Suci Zabur dan Injil