Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 24:3-19 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 24:3-19 in Kitab Suci Zabur dan Injil

3 Apabila mereka masuk ke dalam, jenazah Isa tiada lagi.
4 Mereka berdiri di situ dan berasa kebingungan tentang perkara ini. Tiba-tiba ada dua orang yang berpakaian berkilau-kilauan, berdiri di sisi mereka.
5 Perempuan-perempuan itu sangat takut lalu sujud. Kedua-dua orang itu berkata kepada mereka, ‘Mengapakah kamu mencari Dia yang hidup di antara orang mati?
6 Dia tiada di sini. Dia sudah bangkit! Ingatlah apa yang telah dikatakan oleh-Nya kepadamu ketika Dia di Galilea:
7 “Putera Insan harus diserahkan kepada orang berdosa. Dia akan disalib dan bangkit pada hari yang ketiga.” ’
8 Mereka pun teringatlah akan kata-kata Isa.
9 Sekembali mereka dari makam itu, mereka memberitahu segala perkara ini kepada sebelas orang rasul dan semua pengikut yang lain.
10 Mereka, iaitu Maryam orang Magdala, Yohanah, Maryam, ibu Yakobus dan perempuan-perempuan yang lain mengatakan segala perkara itu kepada rasul-rasul itu.
11 Tetapi mereka itu menganggap apa yang dikatakan oleh perempuan-perempuan itu sebagai karut lalu tidak mempercayai mereka.
12 Tetapi Petrus bangun dan berlari ke makam itu. Dia membongkok ke dalam lalu nampak kain kafan sahaja di situ. Dia pulang dengan hairan sambil memikirkan apa yang telah berlaku.
13 Pada hari itu juga dua orang antara pengikut Isa sedang dalam perjalanan ke sebuah kampung yang bernama Emaus, kira-kira tujuh batu jauhnya dari Baitulmaqdis.
14 Kedua-duanya berbual-bual tentang segala yang telah berlaku itu.
15 Ketika mereka berbual-bual dan berbincang, Isa sendiri menghampiri mereka lalu berjalan bersama-sama.
16 Mereka nampak Isa tetapi mereka tidak mengenali Dia.
17 Isa berkata kepada mereka, ‘Apakah perkara-perkara yang sedang kamu bincangkan dalam perjalanan kamu ini?’ Mereka pun berhenti di situ dengan berwajah murung.
18 Seorang daripadanya yang bernama Kleopas bertanya kepada Isa, ‘Engkaukah satu-satunya orang di Baitulmaqdis yang belum mengetahui peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam beberapa hari ini?’
19 Isa berkata, ‘Apakah yang telah berlaku?’ Mereka menjawab, ‘Segala perkara yang berlaku kepada Isa, orang Nasaret. Dia seorang nabi. Di sisi Allah dan pada pandangan orang, Dia berkuasa dalam apa yang dikatakan dan dilakukan-Nya.
Lukas 24 in Kitab Suci Zabur dan Injil