Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 23:13-22 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 23:13-22 in Kitab Suci Zabur dan Injil

13 Pilatus memanggil ketua-ketua imam, para pemimpin masyarakat dan orang ramai
14 lalu berkata kepada mereka, ‘Kamu telah membawa orang ini kepadaku dan mengatakan Dia menyesatkan rakyat. Aku telah menyoal-Nya di hadapanmu dan aku tidak mendapati Dia bersalah atas satu pun tuduhanmu.
15 Herodes pun tidak mendapati Dia bersalah, kerana Dia dihantar kembali kepada kami. Tiada apa-apa yang dilakukan-Nya sehingga Dia patut dijatuhi hukuman mati.
16 Oleh itu, aku akan menyebat-Nya, kemudian membebaskan-Nya.’
17 Pada setiap perayaan Paska Pilatus akan membebaskan salah seorang tahanan bagi mereka.
18 Tetapi semua orang berteriak, ‘Bunuh Dia! Bebaskan Barabas bagi kami.’
19 (Barabas telah dipenjarakan kerana terlibat dalam satu rusuhan yang berlaku di kota dan kerana pembunuhan.)
20 Pilatus hendak membebaskan Isa. Oleh itu, dia berseru kepada orang ramai sekali lagi.
21 Tetapi orang ramai itu berteriak-teriak lagi, ‘Salibkan Dia! Salibkan Dia!’
22 Pada kali ketiga Pilatus berkata kepada mereka: ‘Apakah kesalahan-Nya? Aku tidak mendapati Dia bersalah sehingga patut dikenakan hukuman mati. Oleh sebab itu, aku akan menyebat-Nya dan kemudian membebaskan-Nya.’
Lukas 23 in Kitab Suci Zabur dan Injil