Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 21:6-10 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 21:6-10 in Kitab Suci Zabur dan Injil

6 Isa pun berkata, ‘Akan tiba masanya apabila semua yang kamu lihat ini akan dirobohkan dan tiada satu batu pun akan tinggal tersusun pada tempatnya.’
7 Mereka bertanya kepada Isa, ‘Tuan Guru, bilakah semua perkara ini akan terjadi? Apakah alamat-alamatnya bahawa masanya sudah tiba?’
8 Isa berkata, ‘Berjaga-jagalah supaya kamu tidak terpedaya oleh orang. Ramai orang akan datang dengan nama-Ku dan berkata, “Akulah dia,” dan “Masanya sudah tiba.” Janganlah kamu ikut mereka.
9 Apabila kamu mendengar tentang peperangan dan pemberontakan, janganlah kamu ketakutan. Peristiwa-peristiwa ini akan berlaku terlebih dahulu tetapi ini tidaklah bererti bahawa akhir zaman telah sampai.’
10 Kemudian Isa berkata kepada mereka, ‘Bangsa akan berperang dengan bangsa dan kerajaan dengan kerajaan;
Lukas 21 in Kitab Suci Zabur dan Injil