Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 21:18-27 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 21:18-27 in Kitab Suci Zabur dan Injil

18 Tetapi sehelai rambutmu pun tidak akan hilang.
19 Bertahanlah, keteguhan hatimu akan menyelamatkan kamu.
20 ‘Apabila kamu melihat kota Baitulmaqdis terkepung oleh tentera-tentera, ketahuilah kamu bahawa kebinasaannya telah hampir.
21 Pada masa itu mereka yang berada di jajahan Yudea hendaklah melarikan diri ke gunung; mereka yang ada di dalam kota hendaklah meninggalkannya dan mereka yang ada di luar kota janganlah masuk ke kota itu.
22 Inilah hari-hari hukuman apabila segala perkara yang tersurat dalam Kitab Suci akan terjadi.
23 Malangnya bagi perempuan yang mengandung atau ibu yang menyusui anak pada masa itu! Kesengsaraan yang teruk akan melanda bumi dan kemurkaan akan menimpa bangsa ini.
24 Mereka akan dibunuh dengan pedang dan ada pula yang akan dibawa ke negeri lain sebagai orang tawanan. Kota Baitulmaqdis akan diinjak-injak oleh bangsa-bangsa asing sehingga tamat tempoh yang ditetapkan untuk mereka.
25 ‘Alamat akan kelihatan pada matahari, bulan dan bintang-bintang. Di muka bumi ini semua bangsa kelak sengsara dan bingung akan deru serta gelora lautan.
26 Sementara menantikan apa yang akan datang ke muka bumi, manusia akan jatuh pengsan kerana takut dan bimbang terhadap apa yang akan terjadi di dunia. Cakerawala di angkasa lepas akan terpesong daripada peredarannya.
27 Lalu mereka akan melihat Putera Insan datang dikelilingi awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar.
Lukas 21 in Kitab Suci Zabur dan Injil