Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 20:5-13 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 20:5-13 in Kitab Suci Zabur dan Injil

5 Mereka berbincang sesama sendiri, ‘Jikalau kita katakan, “Daripada syurga,” Dia akan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah kamu tidak percaya kepadanya?”
6 Sebaliknya, jikalau kita katakan, “Daripada manusia,” orang ramai sudah tentu akan merejam kita kerana mereka yakin bahawa Yahya itu seorang nabi.’
7 Mereka pun menjawab kepada Isa bahawa mereka tidak mengetahui dari mana asalnya pengimadan Yahya itu.
8 Oleh itu, Isa pun berkata kepada mereka, ‘Aku juga tidak akan memberitahu kamu atas kuasa siapa Aku melakukan segala perkara ini.’
9 Kemudian Isa menceritakan ibarat ini kepada orang ramai: ‘Seorang menanami ladang anggur. Dia menyewakan ladang itu kepada beberapa orang petani lalu berangkat ke negeri lain dan tinggal beberapa lama di situ.
10 Pada musim buah-buahan dia menyuruh seorang hamba pergi kepada petani-petani itu untuk menerima hasil buah-buahan bahagiannya daripada mereka tetapi petani-petani itu memukul hamba tersebut lalu mengusirnya balik dengan tangan kosong.
11 Pemilik ladang itu menyuruh seorang hamba yang lain pula. Tetapi petani-petani itu memukulnya, mencercanya dan mengusirnya dengan tangan kosong juga.
12 Pemilik ladang itu menyuruh hamba yang ketiga. Tetapi petani-petani itu mencederakannya lalu mengusirnya.
13 ‘Pemilik ladang itu berkata, “Apakah yang hendak kubuat? Baik kusuruh puteraku yang kukasihi. Tentu petani-petani itu akan menghormatinya.”
Lukas 20 in Kitab Suci Zabur dan Injil