Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 20:24-45 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 20:24-45 in Kitab Suci Zabur dan Injil

24 ‘Tunjukkanlah Aku sekeping mata wang. Gambar dan nama siapakah ini?’
25 Mereka menjawab, ‘Gambar dan nama Kaisar.’ Isa berkata kepada mereka, ‘Kalau begitu, berikan milik Kaisar kepada Kaisar, dan milik Allah kepada Allah.’
26 Oleh yang demikian, mereka tidak dapat memerangkap Isa di hadapan orang ramai itu. Mereka diam sahaja kerana kagum akan jawapan-Nya.
27 Beberapa orang Saduki, iaitu orang yang menafikan hal kebangkitan orang mati, datang bertanya kepada Isa,
28 ‘Tuan Guru, Musa telah memberi kita hukum berikut. Jikalau seseorang lelaki meninggal tanpa mempunyai anak, adik lelakinya harus beristerikan balu itu untuk mendapatkan anak bagi si abang yang telah meninggal itu.
29 Ada tujuh orang adik-beradik lelaki. Yang pertama mati tanpa mempunyai anak.
30 Yang kedua beristerikan balunya,
31 kemudian yang ketiga dan seterusnya kepada semua yang lain – mereka semua meninggal tanpa mempunyai anak.
32 Akhirnya, perempuan itu pun meninggal.
33 Pada hari kebangkitan orang mati kelak, perempuan itu menjadi isteri siapa kerana ketujuh-tujuh adik-beradik itu telah beristerikannya.’
34 Isa menjawab, ‘Lelaki dan perempuan yang hidup sekarang ini berkahwin
35 tetapi mereka yang layak dibangkitkan daripada kematian dan hidup pada zaman yang akan datang tidak berkahwin.
36 Mereka itu seperti malaikat dan tidak boleh mati lagi. Mereka menjadi anak Allah kerana mereka telah dibangkitkan daripada kematian.
37 Musa telah menjelaskan bahawa orang mati akan dibangkitkan. Dalam kisah belukar yang bernyala, Allah disebut sebagai Tuhan yang disembah oleh Ibrahim, Ishak dan Yakub.
38 Allah bukannya Tuhan bagi orang mati tetapi bagi orang yang hidup. Mereka itu semua hidup pada Allah.’
39 Beberapa orang ahli Taurat berkata, ‘Tuan Guru, betul jawapan-Mu.’
40 Mereka tidak berani bertanya kepada Isa apa-apa lagi.
41 Isa berkata kepada mereka, ‘Bagaimana dikatakan bahawa al-Masih itu anak Daud
42 sedangkan Daud sendiri berkata dalam kitab Zabur: ‘ “Tuhan berfirman kepada Junjunganku: ‘Duduklah di sebelah kanan-Ku
43 sehingga Aku menjadikan musuh-Mu alas kaki-Mu.’”
44 ‘Jikalau Daud menyebut Dia “Junjungan,” bagaimanakah pula Dia anak Daud?’
45 Di hadapan orang ramai itu Isa berkata kepada pengikut-pengikut-Nya,
Lukas 20 in Kitab Suci Zabur dan Injil