Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 20:19-34 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 20:19-34 in Kitab Suci Zabur dan Injil

19 Guru-guru Taurat dan ketua-ketua imam mencari jalan hendak menangkap Isa ketika itu juga kerana mereka mengetahui Isa telah menujukan ibarat itu terhadap mereka. Tetapi mereka takut akan orang ramai.
20 Mereka menunggu peluang. Lalu mereka mengutus beberapa orang supaya berpura-pura ikhlas untuk memerangkap Isa dengan mengemukakan pertanyaan tertentu supaya mereka dapat menyerahkan Isa ke dalam kawalan dan bidang penghakiman gabenor.
21 Mereka bertanya kepada Isa, ‘Tuan Guru, kami mengetahui apa yang Tuan Guru katakan dan ajarkan itu betul. Kami juga mengetahui Tuan Guru tidak pilih kasih kepada seseorang tetapi dengan ikhlas mengajarkan jalan Allah.
22 Beritahulah kami, mengikut Taurat patutkah kami membayar cukai kepada Kaisar?’
23 Isa mengetahui niat muslihat mereka lalu berkata,
24 ‘Tunjukkanlah Aku sekeping mata wang. Gambar dan nama siapakah ini?’
25 Mereka menjawab, ‘Gambar dan nama Kaisar.’ Isa berkata kepada mereka, ‘Kalau begitu, berikan milik Kaisar kepada Kaisar, dan milik Allah kepada Allah.’
26 Oleh yang demikian, mereka tidak dapat memerangkap Isa di hadapan orang ramai itu. Mereka diam sahaja kerana kagum akan jawapan-Nya.
27 Beberapa orang Saduki, iaitu orang yang menafikan hal kebangkitan orang mati, datang bertanya kepada Isa,
28 ‘Tuan Guru, Musa telah memberi kita hukum berikut. Jikalau seseorang lelaki meninggal tanpa mempunyai anak, adik lelakinya harus beristerikan balu itu untuk mendapatkan anak bagi si abang yang telah meninggal itu.
29 Ada tujuh orang adik-beradik lelaki. Yang pertama mati tanpa mempunyai anak.
30 Yang kedua beristerikan balunya,
31 kemudian yang ketiga dan seterusnya kepada semua yang lain – mereka semua meninggal tanpa mempunyai anak.
32 Akhirnya, perempuan itu pun meninggal.
33 Pada hari kebangkitan orang mati kelak, perempuan itu menjadi isteri siapa kerana ketujuh-tujuh adik-beradik itu telah beristerikannya.’
34 Isa menjawab, ‘Lelaki dan perempuan yang hidup sekarang ini berkahwin
Lukas 20 in Kitab Suci Zabur dan Injil