Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 20:19-24 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 20:19-24 in Kitab Suci Zabur dan Injil

19 Guru-guru Taurat dan ketua-ketua imam mencari jalan hendak menangkap Isa ketika itu juga kerana mereka mengetahui Isa telah menujukan ibarat itu terhadap mereka. Tetapi mereka takut akan orang ramai.
20 Mereka menunggu peluang. Lalu mereka mengutus beberapa orang supaya berpura-pura ikhlas untuk memerangkap Isa dengan mengemukakan pertanyaan tertentu supaya mereka dapat menyerahkan Isa ke dalam kawalan dan bidang penghakiman gabenor.
21 Mereka bertanya kepada Isa, ‘Tuan Guru, kami mengetahui apa yang Tuan Guru katakan dan ajarkan itu betul. Kami juga mengetahui Tuan Guru tidak pilih kasih kepada seseorang tetapi dengan ikhlas mengajarkan jalan Allah.
22 Beritahulah kami, mengikut Taurat patutkah kami membayar cukai kepada Kaisar?’
23 Isa mengetahui niat muslihat mereka lalu berkata,
24 ‘Tunjukkanlah Aku sekeping mata wang. Gambar dan nama siapakah ini?’
Lukas 20 in Kitab Suci Zabur dan Injil