Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 1:54-72 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 1:54-72 in Kitab Suci Zabur dan Injil

54 Dia menolong bangsa Israel, hamba-Nya kerana Dia ingat akan belas kasihan-Nya
55 yang dijanjikan kepada nenek moyang kita Ibrahim dan semua keturunannya untuk selama-lamanya.’
56 Maryam tinggal bersama Ashba selama tiga bulan. Selepas itu, dia pulang ke rumahnya.
57 Tibalah masanya untuk Ashba bersalin dan dia melahirkan seorang anak lelaki.
58 Apabila jiran tetangga dan saudara-maranya mendengar bahawa Tuhan telah melimpahkan berkat kepadanya, mereka turut bergembira bersamanya.
59 Pada hari yang kelapan, mereka datang untuk menyunatkan bayi itu. Mereka mahu menamainya Zakaria seperti nama bapanya.
60 Tetapi ibunya berkata, ‘Tidak! Namanya ialah Yahya.’
61 Mereka berkata kepada Ashba, ‘Tiada seorang pun daripada kaum keluargamu yang bernama sedemikian.’
62 Lalu mereka bertanya kepada bapanya dengan menggunakan isyarat nama yang hendak diberikan kepada anaknya itu.
63 Dia meminta papan tulis lalu menulis demikian, ‘Namanya Yahya.’ Semuanya kehairanan.
64 Pada seketika itu, mulut Zakaria terbuka dan lidahnya tidak terikat lalu dia bercakap dan memuji Allah.
65 Semua jirannya sangat takut dan segala perkara ini tersebar ke seluruh jajahan Yudea.
66 Semua orang yang mendengarnya berkata dalam hati masing-masing, ‘Bagaimanakah gerangan halnya anak ini kelak?’ Jelaslah bahawa tangan Tuhan memimpinnya.
67 Bapanya, Zakaria, dipenuhi dengan Roh Suci lalu berkata,
68 ‘Segala puji bagi Allah, Tuhan bangsa Israel! Kerana Dia telah datang dan menebus umat-Nya;
69 Dia telah mengurniai kita seorang Penyelamat yang berkuasa, seorang daripada keturunan hamba-Nya, Daud.
70 Demikianlah firman-Nya dengan perantaraan nabi-nabi-Nya yang suci dari zaman dahulu kala,
71 Dia berjanji menyelamatkan kita daripada musuh-musuh kita, dan daripada tangan semua orang yang membenci kita;
72 Dia mengasihani nenek moyang kita, dan mengingati perjanjian-Nya yang suci,
Lukas 1 in Kitab Suci Zabur dan Injil