Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 1:3-11 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 1:3-11 in Kitab Suci Zabur dan Injil

3 Oleh sebab aku telah mengkaji perkara-perkara ini dari mulanya, aku berfikir eloklah aku mengarang cerita-Nya dengan teratur untuk tuan Teofilus.
4 Aku berbuat demikian supaya tuan akan mengetahui kebenaran yang sepenuhnya tentang perkara-perkara yang telah diajarkan kepada tuan.
5 Pada zaman Herodes, raja negeri Yudea, ada seorang imam yang bernama Zakaria. Dia terdiri daripada golongan Abia. Isterinya, Ashba, juga daripada keturunan Harun.
6 Kedua-duanya orang yang lurus di hadapan Allah, dan mengikut segala perintah serta hukum Tuhan dengan sepenuhnya.
7 Tetapi mereka tidak mempunyai anak kerana Ashba mandul, dan kedua-duanya pun telah lanjut usia.
8 Pada suatu hari Zakaria melaksanakan tugasnya sebagai imam di hadapan Allah menurut gilirannya bertugas.
9 Mengikut peraturan keimaman, dia diundi masuk ke dalam rumah ibadat Tuhan untuk membakar kemenyan.
10 Orang ramai berhimpun di luar untuk beribadat sewaktu kemenyan dibakar.
11 Kelihatanlah kepada Zakaria, malaikat Tuhan berdiri di sebelah kanan tempat pembakar kemenyan itu.
Lukas 1 in Kitab Suci Zabur dan Injil