Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 19:4-12 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 19:4-12 in Kitab Suci Zabur dan Injil

4 Dia pun berlari mendahului mereka lalu memanjat pokok ara untuk melihat Isa yang akan melalui jalan itu.
5 Apabila Isa sampai ke tempat itu, Dia mendongak ke atas lalu berkata kepadanya, ‘Zakheus, turunlah dengan segera kerana pada hari ini Aku harus menumpang di rumahmu.’
6 Zakheus turun dengan segera dan menyambut Isa dengan sukacitanya.
7 Semua orang yang melihat hal ini bersungut-sungut, ‘Dia hendak menumpang di rumah orang yang berdosa pula!’
8 Tetapi Zakheus berdiri dan berkata kepada Junjungan, ‘Tuan, sekarang ini juga aku hendak memberikan separuh hartaku kepada orang miskin, dan jikalau aku telah menipu sesiapa, aku akan membayarnya kembali empat kali ganda.’
9 Isa berkata kepadanya, ‘Pada hari ini juga penyelamatan telah datang kepada seluruh keluarga kamu kerana kamu juga seorang keturunan Ibrahim.
10 Putera Insan datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang sesat.’
11 Isa menceritakan sebuah ibarat kepada mereka yang mendengar-Nya. Dia kini telah hampir tiba ke Baitulmaqdis dan mereka menyangka bahawa kerajaan Allah akan menjadi nyata tidak lama lagi.
12 Jadi, Isa berkata: ‘Seorang bangsawan telah berangkat ke negeri jauh untuk dilantik menjadi raja dan akan kembali.
Lukas 19 in Kitab Suci Zabur dan Injil