Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 19:32-39 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 19:32-39 in Kitab Suci Zabur dan Injil

32 Kedua-dua pengikut itu pun pergi dan mendapati sebagaimana yang telah dikatakan Isa kepada mereka.
33 Ketika mereka melepaskan anak keldai itu, tuan anak keldai itu berkata kepada mereka, ‘Mengapakah kamu melepaskan anak keldai ini?’
34 Pengikut-pengikut itu menjawab, ‘Junjungan memerlukannya.’
35 Lalu mereka membawanya kepada Isa. Kemudian, mereka menghamparkan jubah mereka di atas anak keldai itu dan menolong Isa naik ke atasnya.
36 Ketika Isa menunggang keldai itu, orang ramai pun membentangkan jubah mereka di jalan.
37 Apabila Dia menghampiri jalan yang turun dari Bukit Zaitun, semua pengikut-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat kerana semua mukjizat yang telah disaksikan oleh mereka:
38 ‘Diberkatilah Raja yang datang dengan nama Tuhan!’ ‘Kesejahteraan di syurga dan kemuliaan di tempat yang maha tinggi!’
39 Antara orang ramai itu ada beberapa orang Farisi yang berkata kepada Isa, ‘Tuan Guru, suruh pengikut-pengikut-Mu diam.’
Lukas 19 in Kitab Suci Zabur dan Injil