Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 18:8-14 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 18:8-14 in Kitab Suci Zabur dan Injil

8 Aku berkata kepadamu bahawa Allah akan melaksanakan keadilan bagi mereka dengan segera. Tetapi, apabila Putera Insan datang, adakah Dia akan menjumpai iman di bumi ini?’
9 Isa juga menceritakan ibarat ini kepada orang yang menganggap diri mereka sebagai orang yang benar dan menghina orang lain:
10 ‘Dua orang masuk ke dalam rumah ibadat untuk berdoa. Seorang daripadanya orang Farisi dan seorang lagi pemungut cukai.
11 Orang Farisi itu berdiri dan berdoa dalam hatinya: “Ya Allah, aku mengucap syukur kepada-Mu kerana aku tidak tamak, menipu atau tidak bermoral seperti orang lain. Aku bersyukur kepada-Mu kerana aku tidak seperti pemungut cukai ini.
12 Aku berpuasa dua kali seminggu dan mempersembahkan sepersepuluh daripada semua pendapatanku.”
13 ‘Akan tetapi, pemungut cukai itu berdiri jauh sedikit, tidak berani menengadah ke langit melainkan menebah dada sambil berkata, “Ya Allah, kasihanilah hamba, orang berdosa ini.”
14 ‘Aku berkata kepadamu bahawa pemungut cukai ini pulang ke rumahnya dengan diperkenankan Allah tetapi orang Farisi itu tidak. Sesiapa yang meninggikan dirinya akan direndahkan, dan sesiapa yang merendahkan dirinya akan ditinggikan.’
Lukas 18 in Kitab Suci Zabur dan Injil