Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 18:37-43 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 18:37-43 in Kitab Suci Zabur dan Injil

37 Orang memberitahu dia bahawa Isa, orang Nasaret, sedang lalu.
38 Dia pun berseru, ‘Isa, Anak Daud, kasihanilah aku!’
39 Orang yang di hadapannya memarahinya dan menyuruh dia diam, tetapi dia berseru dengan lebih kuat, ‘Ya Anak Daud, kasihanilah aku!’
40 Isa berhenti dan menyuruh orang membawa dia kepada-Nya. Apabila dia mendekati Isa, Isa bertanya,
41 ‘Apakah yang engkau hendak Aku buat bagimu?’ Dia berkata, ‘Junjungan, aku mahu melihat kembali.’
42 Isa berkata kepadanya, ‘Terimalah penglihatanmu kembali, imanmu telah menyembuhkanmu.’
43 Seketika itu juga, dia dapat melihat lalu dia mengikut Isa sambil memuji Allah. Semua orang yang menyaksikan kejadian ini memuji Allah.
Lukas 18 in Kitab Suci Zabur dan Injil