Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 18:25-35 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 18:25-35 in Kitab Suci Zabur dan Injil

25 Lebih mudah seekor unta masuk ke lubang jarum daripada seorang kaya masuk ke dalam kerajaan Allah.’
26 Orang yang mendengar-Nya berkata, ‘Kalau begitu, siapakah yang dapat diselamatkan?’
27 Isa menjawab, ‘Apa yang mustahil bagi manusia itu tidak mustahil bagi Allah.’
28 Petrus berkata, ‘Kami telah meninggalkan rumah untuk mengikut-Mu.’
29 Isa berkata kepada mereka, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu bahawa sesiapa sahaja yang telah meninggalkan rumah, atau isteri, atau adik-beradik, atau ibu bapa, atau anak-anak demi kerajaan Allah
30 akan menerima ganjaran berkali-kali gandanya pada masa ini dan hidup yang kekal di akhirat.’
31 Isa membawa dua belas pengikut-Nya ke suatu tempat dan berkata kepada mereka, ‘Kita akan pergi ke Baitulmaqdis dan segala yang tersurat dalam kitab-kitab nabi tentang Putera Insan akan berlaku di sana.
32 Dia akan diserahkan ke tangan bangsa asing. Dia akan dicela dan dimaki serta diludahi orang. Mereka akan menyebat Dia dan membunuh-Nya.
33 Pada hari yang ketiga Dia akan bangkit semula.’
34 Tetapi pengikut-pengikut-Nya tidak mengerti sepatah kata pun. Maksud kata-kata ini dirahsiakan daripada mereka. Mereka tidak memahami apa yang dikatakan oleh Isa.
35 Ketika Isa menghampiri kota Yerikho, ada seorang buta yang duduk di tepi jalan meminta sedekah.
Lukas 18 in Kitab Suci Zabur dan Injil