Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 17:4-8 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 17:4-8 in Kitab Suci Zabur dan Injil

4 Jikalau dia bersalah sebanyak tujuh kali terhadapmu dalam sehari dan setiap kali dia datang kepadamu serta berkata, “Aku bertaubat,” kamu hendaklah mengampuninya.’
5 Rasul-rasul itu berkata kepada Junjungan, ‘Kuatkanlah iman kami.’
6 Junjungan menjawab, ‘Jikalau kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu akan dapat berkata kepada pokok ara ini, “Tercabutlah akar-akarmu dan tertanamlah kamu di laut,” dan pokok ara akan menurut perintahmu.
7 ‘Jikalau salah seorang kamu mempunyai hamba yang membajak atau menggembalakan domba, siapakah antara kamu akan berkata kepadanya sewaktu dia pulang dari ladang, “Mari, lekas duduk makan?”
8 Bukankah kamu akan berkata kepadanya, “Hidangkan makanan dan bersedia untuk melayaniku semasa aku makan. Selepas itu, barulah kamu makan”?
Lukas 17 in Kitab Suci Zabur dan Injil