Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 15:16-23 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 15:16-23 in Kitab Suci Zabur dan Injil

16 Dia ingin mengisi perutnya dengan sekam kacang yang dimakan oleh babi tetapi tiada seorang pun yang memberikan apa-apa kepadanya.
17 ‘Akhirnya, dia sedar dan berkata, “Semua orang gaji bapaku dapat makan sehingga kenyang, tetapi aku ini hampir mati kelaparan!
18 Aku hendak kembali kepada bapaku, dan aku akan berkata kepadanya: Ayah, aku telah berbuat dosa kepada Allah dan kepada ayah.
19 Aku tidak layak disebut sebagai anak ayah. Jadikanlah aku ini sebagai salah seorang gaji ayah.”
20 Dia pun kembali kepada bapanya. ‘Semasa dia masih jauh lagi, bapanya nampak dia. Hatinya penuh dengan belas kasihan dan dia berlari menemuinya. Bapanya memeluk dan menciumnya.
21 ‘Anak itu berkata kepada bapanya, “Ayah, aku telah berbuat dosa kepada Allah dan kepada ayah. Aku tidak layak disebut anak ayah.”
22 ‘Bapa itu menyuruh hamba-hambanya, “Segeralah ambil pakaian yang terbaik dan pakaikanlah kepada anakku. Sarungkan sebentuk cincin di jarinya dan pakaikan kasut pada kakinya.
23 Pilihlah dan sembelilah anak lembu yang tambun, dan marilah kita mengadakan jamuan dan bersuka ria;
Lukas 15 in Kitab Suci Zabur dan Injil