3 Kemudian Isa bertanya kepada ahli-ahli Taurat dan orang Farisi, ‘Adakah Taurat membenarkan orang disembuhkan pada hari Sabat atau tidak?’
4 Tetapi mereka diam sahaja. Lalu Isa memanggil orang itu dan menyembuhkannya serta menyuruhnya pulang.
5 Kemudian Isa berkata kepada mereka, ‘Jikalau lembu atau keldaimu jatuh ke dalam perigi pada hari Sabat, siapakah antara kamu yang tidak menariknya keluar dengan serta-merta pada hari Sabat itu juga?’