Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 13:1-12 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 13:1-12 in Kitab Suci Zabur dan Injil

1 Pada masa itu beberapa orang datang memberitahu Isa tentang orang Galilea yang dibunuh oleh Pilatus semasa mereka sedang mempersembahkan korban kepada Allah.
2 Isa berkata, ‘Adakah kamu menganggap orang Galilea itu lebih berdosa daripada semua penduduk Galilea yang lain kerana mereka menderita sengsara yang sedemikian?
3 Aku berkata kepadamu bukan begitu; tetapi jikalau kamu tidak bertaubat daripada dosamu, kamu akan binasa sedemikian juga.
4 Bagaimanakah pula dengan lapan belas orang yang mati ditimpa oleh menara di Siloam? Adakah mereka lebih bersalah daripada semua penduduk lain di kota Baitulmaqdis?
5 Aku berkata kepadamu bukan begitu; tetapi jikalau kamu tidak bertaubat, kamu semua akan binasa sedemikian juga.’
6 Isa menceritakan suatu ibarat. ‘Seorang telah menanam pokok ara di kebun buah-buahannya. Dia datang mencari buahnya, tetapi tidak dijumpai.
7 Dia berkata kepada tukang kebun, “Tengoklah, sudah tiga tahun aku datang mencari buah daripada pokok ara ini, tetapi tidak juga didapati. Tebangkanlah pokok ini! Apa gunanya terus menghabiskan kesuburan tanah?”
8 ‘Tukang kebun menjawab, “Tuan, biarkan pokok ini tumbuh setahun lagi. Aku akan mencangkul tanah di sekelilingnya dan membubuh baja.
9 Kalau pokok ini berbuah, baiklah! Kalau tidak, tuan boleh menebangnya.”’
10 Pada hari Sabat Isa mengajar di salah sebuah saumaah.
11 Di situ ada seorang perempuan yang dirasuk oleh sesuatu roh yang melemahkannya selama lapan belas tahun. Belakangnya bongkok lipat dua dan dia tidak dapat berdiri tegak.
12 Apabila Isa nampak perempuan itu, Dia memanggilnya dan berkata, ‘Sembuhlah daripada penyakitmu.’
Lukas 13 in Kitab Suci Zabur dan Injil