Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 11:40-50 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 11:40-50 in Kitab Suci Zabur dan Injil

40 Hai orang yang bodoh! Bukankah Dia yang menjadikan bahagian luar juga menjadikan bahagian dalam?
41 Berikanlah makanan yang ada di dalam pinggan mangkuk itu kepada orang miskin dan segala-galanya akan menjadi bersih bagimu.
42 ‘Malangnya kamu, orang Farisi! Kamu membayar sepersepuluh daripada selasih, inggu dan herba lain kepada Allah, tetapi kamu mengabaikan keadilan dan kasih kepada Allah. Kamu haruslah membayar sepersepuluh itu tanpa mengabaikan perkara-perkara yang lebih penting.
43 ‘Malangnya kamu orang Farisi! Kamu suka duduk di kerusi khas di saumaah-saumaah dan diberi salam dengan hormatnya di pasar-pasar.
44 ‘Malangnya kamu! Kamu umpama kubur-kubur yang tidak bernisan, yang dipijak-pijak tanpa disedari oleh orang yang berjalan di atasnya.’
45 Seorang daripada guru Taurat berkata kepada Isa, ‘Guru menghina kami juga apabila Guru berkata sedemikian.’
46 Isa berkata, ‘Malangnya kamu guru-guru Taurat, kerana kamu meletakkan beban yang berat ke atas bahu orang lain, tetapi kamu sendiri tidak menghulurkan satu jari pun untuk menolong mereka memikul beban itu.
47 ‘Malangnya kamu! Kamu membina makam untuk nabi-nabi yang telah dibunuh oleh nenek moyangmu.
48 Oleh itu, kamu menyetujui perbuatan nenek moyangmu itu; kerana mereka telah membunuh nabi-nabi itu tetapi kamu membina makam mereka pula.
49 Dengan itu, kebijaksanaan Allah telah mengatakan, “Aku mengutus nabi-nabi dan rasul-rasul kepada mereka, yang sesetengahnya akan dibunuh atau dianiayai oleh mereka.”
50 Jadi, orang zaman ini akan dihukum atas pembunuhan semua nabi sejak dunia dicipta,
Lukas 11 in Kitab Suci Zabur dan Injil