Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 11:32-38 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 11:32-38 in Kitab Suci Zabur dan Injil

32 Orang Niniwe akan bangkit pada hari pengadilan dan mencela orang zaman ini kerana orang Niniwe itu telah bertaubat daripada dosa mereka apabila mendengar khutbah Yunus; dan di sini ada seorang yang lebih besar daripada Yunus.
33 ‘Tiada seorang pun yang memasang pelita lalu meletakkannya di tempat yang tersembunyi atau di bawah pasu. Sebaliknya, dia meletakkannya di atas kaki pelita supaya orang yang masuk dapat melihat cahayanya.
34 Matamu ialah pelita bagi tubuhmu. Jikalau matamu terang, seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya. Tetapi jika matamu kabur, seluruh tubuhmu pun menjadi gelap.
35 Oleh itu, berjaga-jagalah supaya cahaya dalammu itu tidak menjadi gelap.
36 Jikalau seluruh tubuhmu itu terang tanpa sebarang bahagian yang gelap, seluruh tubuhmu akan terang-benderang seperti sebuah pelita menerangi kamu dengan cahayanya.’
37 Setelah Isa habis bercakap, seorang Farisi menjemput Dia makan di rumahnya. Isa pun pergi lalu bertelekan di meja.
38 Orang Farisi itu kehairanan apabila melihat Isa tidak membasuh tangan-Nya sebelum makan.
Lukas 11 in Kitab Suci Zabur dan Injil