27 Setelah Isa berkata demikian, seorang perempuan antara orang ramai itu berkata, ‘Diberkatilah perempuan yang melahirkan dan menyusui Engkau.’
28 Tetapi Isa berkata, ‘Bahkan lebih diberkati lagi orang yang mendengar firman Allah dan mematuhinya.’
29 Semasa orang ramai mengerumuni Isa, Dia berkata, ‘Betapa durjananya orang zaman ini! Mereka meminta mukjizat dilakukan sebagai alamat daripada Allah tetapi alamat tidak akan diberi kecuali alamat Nabi Yunus
30 kerana seperti Yunus telah menjadi alamat kepada orang Niniwe, demikian juga Putera Insan menjadi alamat kepada orang zaman ini.
31 Pada hari pengadilan ratu negeri Selatan akan bangkit dan mencela mereka kerana ratu itu telah datang dari hujung bumi untuk mendengar pengajaran Sulaiman yang bijak, dan di sini ada seorang yang lebih besar daripada Sulaiman.