Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 8:16-29 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 8:16-29 in Kitab Suci Zabur dan Injil

16 kerana mereka belum lagi dipenuhi oleh-Nya. Mereka baru diimadkan sahaja dengan nama Junjungan Isa.
17 Kemudian Petrus dan Yahya meletakkan tangan atas mereka lalu mereka menerima Roh Suci.
18 Setelah Simon melihat betapa Roh Suci diberi ketika para rasul meletakkan tangan, dia menawarkan wang kepada mereka
19 sambil berkata, ‘Berilah aku kuasa itu juga, supaya sesiapa yang kuletakkan tangan atasnya akan menerima Roh Suci.’
20 Tetapi Petrus berkata kepadanya, ‘Punahlah wangmu bersamamu, kerana kamu menyangka kurnia Allah dapat dibeli dengan wang!
21 Kamu tidak ada bahagian dalam pekerjaan kami, kerana hatimu tidak ikhlas di sisi Allah.
22 Oleh itu bertaubatlah daripada kejahatanmu itu, dan berdoalah kepada Tuhan semoga kamu dapat diampuni kerana niat di hatimu itu;
23 kerana kulihat kamu diracuni perasaan kepahitan dan dibelenggu dosa.’
24 Simon menjawab, ‘Berdoalah kepada Tuhan untukku, supaya apa yang kamu sebutkan tadi tidak menimpaku.’
25 Setelah mereka memberi kesaksian dan menyampaikan firman Tuhan, mereka pun pulang ke Baitulmaqdis, sambil menyebarkan perkhabaran baik tentang Isa di banyak kampung orang Samaria.
26 Malaikat Tuhan berkata kepada Filipus, ‘Bangkit dan pergilah ke arah selatan di jalan antara Baitulmaqdis dengan Gaza. Sekarang tempat itu lengang.’
27 Dia pun bangkit lalu pergi. Ada seorang Habsyi, seorang sida-sida yang besar pangkatnya di bawah perintah Kandake, ratu negeri Habsyah, dan ditugaskan menjaga seluruh perbendaharaannya. Dia telah pergi ke Baitulmaqdis untuk sembahyang.
28 Ketika dia sedang dalam perjalanan pulang dan sambil duduk di dalam kereta kudanya, dia membaca kitab Nabi Yasyaya.
29 Roh Suci berkata kepada Filipus, ‘Pergi dekati kereta kuda itu.’
Kisah Para Rasul 8 in Kitab Suci Zabur dan Injil