Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 7:23-32 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 7:23-32 in Kitab Suci Zabur dan Injil

23 ‘Sewaktu Musa berusia empat puluh tahun, hatinya tergerak hendak mengunjungi saudara-saudaranya bani Israel.
24 Dia terpandang salah seorang daripada mereka sedang dianiaya oleh seorang Mesir. Dia pun membela orang yang dianiaya itu dan membunuh orang Mesir itu;
25 kerana Musa menyangka saudara-saudara sebangsanya mengerti bahawa Allah akan membebaskan mereka melaluinya, tetapi mereka tidak mengerti.
26 Esoknya, dia terlihat pula dua orang Israel sedang bergaduh lalu cuba mendamaikan mereka, katanya, “Kamu bersaudara. Mengapa kamu saling menganiaya?”
27 ‘Tetapi orang yang menganiaya saudara sebangsanya itu menolak Musa ke tepi sambil bertanya, “Siapa yang menjadikan kamu pemerintah dan hakim kami?
28 Adakah kamu ingin membunuhku seperti kamu membunuh orang Mesir itu kelmarin?”
29 Ketika Musa mendengar kata-kata itu, dia lari dari Mesir lalu menetap di negeri Midian. Di situ dia mendapat dua orang anak lelaki.
30 ‘Empat puluh tahun kemudian, malaikat menampakkan diri kepada Musa di dalam api belukar yang bernyala, di tanah gurun dekat Gunung Sinai.
31 Musa kehairanan melihatnya lalu menghampirinya. Dia mendengar suara Tuhan berfirman,
32 “Akulah Tuhan nenek moyangmu; Tuhan Ibrahim, Ishak dan Yakub.” Musa gementar ketakutan dan tidak berani memandang lagi.
Kisah Para Rasul 7 in Kitab Suci Zabur dan Injil