Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 6:3-13 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 6:3-13 in Kitab Suci Zabur dan Injil

3 Oleh itu, pilihlah tujuh orang di kalangan saudara-saudara yang mempunyai nama baik dan dipenuhi Roh Suci serta kebijaksanaan, supaya kami tugaskan mereka mengendalikan hal itu.
4 Kami akan memenuhi masa kami dengan berdoa dan menyampaikan firman Allah.’
5 Semua bersetuju dengan cadangan para rasul. Mereka memilih Stefanus, seorang yang sangat teguh imannya serta dikuasai oleh Roh Suci. Di samping itu mereka memilih Filipus, Prokhorus, Nikanor, Timon, Parmenas, dan Nikolaus dari Antiokhia, seorang penganut agama Yahudi.
6 Tujuh orang itu dibawa ke hadapan para rasul. Para rasul pun berdoa dan meletakkan tangan ke atas mereka.
7 Dengan demikian firman Allah semakin tersebar dan bilangan pengikut Isa di Baitulmaqdis kian meningkat, dan ramai imam menjadi orang beriman.
8 Stefanus, yang dipenuhi iman dan kuasa rohani, banyak melakukan keajaiban dan alamat di kalangan orang ramai.
9 Tetapi ada beberapa orang yang bangkit menentangnya, iaitu anggota saumaah yang disebut Saumaah Orang Yang Dibebaskan (terdiri daripada orang Yahudi dari Kirene, Iskandaria, Kilikia dan Asia). Mereka mulai berbahas dengan Stefanus.
10 Namun, mereka tidak dapat menewaskan kebijaksanaan dan Roh Suci yang mengilhamkan kata-katanya.
11 Setelah itu mereka senyap-senyap mendorong beberapa orang berkata, ‘Kami telah mendengar dia melafazkan kata-kata kufur terhadap Musa dan Allah.’
12 Mereka menghasut orang ramai, tua-tua dan guru-guru Taurat sehingga Stefanus ditangkap dan dihadapkan ke Majlis Agama.
13 Mereka membawa saksi-saksi palsu yang berkata tentang Stefanus, ‘Orang ini tidak putus-putus meluahkan kata-kata kufur tentang tempat suci ini dan hukum agama kita.
Kisah Para Rasul 6 in Kitab Suci Zabur dan Injil