Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 5:27-39 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 5:27-39 in Kitab Suci Zabur dan Injil

27 Mereka membawa para rasul ke hadapan Majlis Agama. Imam besar berkata,
28 ‘Bukankah kami telah melarang keras kamu mengajar atas nama itu? Tetapi lihatlah, kamu telah menyebarkan ajaran itu ke serata Baitulmaqdis dan berniat mempertanggungjawabkan kami atas kematian-Nya!’
29 Petrus dan rasul yang lain menjawab, ‘Kami harus taat akan Allah, bukan manusia!
30 Allah Tuhan yang disembah oleh nenek moyang kita telah membangkitkan Isa yang telah kamu bunuh dengan menyalib-Nya.
31 Allah mengangkat Isa kepada kedudukan mulia di sebelah kanan-Nya, sebagai Anak Raja dan Penyelamat, supaya umat Israel dapat bertaubat dan dosa-dosa mereka diampuni.
32 Kami menjadi saksi dalam semua hal ini, begitu juga Roh Suci yang dikurniai Allah kepada semua yang taat akan perintah-Nya.’
33 Apabila anggota-anggota Majlis Agama mendengar kata-kata itu, mereka sangat marah sehingga berura-ura hendak membunuh para rasul.
34 Akan tetapi di kalangan anggota Majlis Agama itu ada seorang Farisi bernama Gamaliel, seorang guru Taurat yang sangat disegani. Dia bangkit lalu mengarahkan orang membawa para rasul keluar sejurus.
35 Kemudian dia berkata kepada Majlis Agama, ‘Saudara-saudara orang Israel! Timbangkan halus-halus apa yang hendak saudara semua lakukan terhadap orang itu.
36 Suatu masa dulu, Teudas telah bangkit dan mengaku dirinya pemimpin besar. Kira-kira empat ratus orang menjadi pengikutnya. Tetapi dia dibunuh, lalu semua pengikutnya kucar-kacir dan pergerakannya hilang begitu saja.
37 Selepas itu muncul pula Yudas, orang Galilea, pada masa pembancian. Dia mempengaruhi ramai orang untuk memberontak, namun dia juga dibunuh, lantas semua pengikutnya kucar-kacir.
38 Dengan demikian, dalam hal ini, aku cadangkan jangan ambil apa-apa tindakan terhadap orang itu. Bebaskan mereka. Kalau rancangan atau usaha ini daripada manusia, segalanya akan hilang begitu saja.
39 Sebaliknya, kalau segalanya itu datang daripada Allah, saudara-saudara tidak mungkin menumpaskannya, malah mungkin akan ternyata bahawa saudara-saudara melawan Allah.’
Kisah Para Rasul 5 in Kitab Suci Zabur dan Injil