Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 5:16-23 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 5:16-23 in Kitab Suci Zabur dan Injil

16 Ramai pula orang dari kota-kota sekeliling Baitulmaqdis datang berhimpun, membawa orang yang sakit dan yang dirasuk roh-roh durjana, lalu semuanya disembuhkan.
17 Imam besar dan semua yang bersamanya (iaitu dari mazhab orang Saduki) amat iri hati
18 lalu menangkap rasul-rasul itu dan memasukkan mereka ke penjara umum.
19 Tetapi pada malam itu malaikat Tuhan membuka pintu penjara lalu membawa rasul-rasul itu keluar sambil berkata,
20 ‘Pergilah berdiri di rumah ibadat dan nyatakan segalanya tentang hidup baru ini kepada orang ramai.’
21 Setelah mendengar kata-kata itu, ketika fajar menyingsing, mereka pergi ke rumah ibadat dan mula mengajar. Kemudian tibalah imam besar dan pengikut-pengikutnya. Mereka memanggil para tua-tua bani Israel berkumpul untuk mengadakan mesyuarat Majlis Agama, lalu memerintahkan rasul-rasul itu dibawa dari penjara untuk dihadapkan kepada mereka.
22 Apabila pegawai-pegawai itu sampai di penjara dan mendapati rasul-rasul itu tidak ada di situ, mereka pun pulang melaporkan hal itu,
23 ‘Kami dapati pintu penjara tetap berkunci dan pengawal-pengawal berjaga di situ, tetapi apabila kami membuka pintu, kami dapati tiada seorang pun di dalam penjara itu.’
Kisah Para Rasul 5 in Kitab Suci Zabur dan Injil