Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 5:14-27 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 5:14-27 in Kitab Suci Zabur dan Injil

14 Semakin lama semakinlah bertambah bilangan orang yang mempercayai Tuhan, baik lelaki mahupun perempuan.
15 Orang membawa orang sakit keluar ke tengah jalan, membaringkan mereka di atas katil dan kaus, dengan harapan sekurang-kurangnya bayang-bayang Petrus akan menyentuh sesetengahnya apabila dia lalu kelak.
16 Ramai pula orang dari kota-kota sekeliling Baitulmaqdis datang berhimpun, membawa orang yang sakit dan yang dirasuk roh-roh durjana, lalu semuanya disembuhkan.
17 Imam besar dan semua yang bersamanya (iaitu dari mazhab orang Saduki) amat iri hati
18 lalu menangkap rasul-rasul itu dan memasukkan mereka ke penjara umum.
19 Tetapi pada malam itu malaikat Tuhan membuka pintu penjara lalu membawa rasul-rasul itu keluar sambil berkata,
20 ‘Pergilah berdiri di rumah ibadat dan nyatakan segalanya tentang hidup baru ini kepada orang ramai.’
21 Setelah mendengar kata-kata itu, ketika fajar menyingsing, mereka pergi ke rumah ibadat dan mula mengajar. Kemudian tibalah imam besar dan pengikut-pengikutnya. Mereka memanggil para tua-tua bani Israel berkumpul untuk mengadakan mesyuarat Majlis Agama, lalu memerintahkan rasul-rasul itu dibawa dari penjara untuk dihadapkan kepada mereka.
22 Apabila pegawai-pegawai itu sampai di penjara dan mendapati rasul-rasul itu tidak ada di situ, mereka pun pulang melaporkan hal itu,
23 ‘Kami dapati pintu penjara tetap berkunci dan pengawal-pengawal berjaga di situ, tetapi apabila kami membuka pintu, kami dapati tiada seorang pun di dalam penjara itu.’
24 Apabila ketua rumah ibadat dan ketua-ketua imam mendengar laporan itu, mereka kebingungan tentang apa yang mungkin terjadi kelak.
25 Kemudian seorang lelaki masuk dan berkata kepada mereka, ‘Orang yang tuan-tuan penjarakan itu sedang mengajar orang ramai di dalam rumah ibadat!’
26 Dengan demikian, ketua rumah ibadat pergi diiringi pegawai-pegawai lalu membawa rasul-rasul itu beredar dari situ tanpa menggunakan kekerasan, kerana takut direjam oleh orang ramai.
27 Mereka membawa para rasul ke hadapan Majlis Agama. Imam besar berkata,
Kisah Para Rasul 5 in Kitab Suci Zabur dan Injil