Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 3:1-4 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 3:1-4 in Kitab Suci Zabur dan Injil

1 Petrus dan Yahya naik ke rumah ibadat bersama-sama pada waktu sembahyang, iaitu pukul tiga petang.
2 Ada seorang lumpuh sejak dari rahim ibunya. Setiap hari dia diangkat orang dan diletakkan di pintu rumah ibadat itu yang dinamakan Pintu Indah, untuk meminta sedekah daripada orang yang masuk ke rumah ibadat itu.
3 Apabila dia melihat Petrus dan Yahya sedang hendak masuk ke rumah ibadat itu, dia pun meminta sedekah.
4 Petrus merenungnya, bersama Yahya, lalu berkata, ‘Pandanglah kami.’
Kisah Para Rasul 3 in Kitab Suci Zabur dan Injil