Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 2:6-14 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 2:6-14 in Kitab Suci Zabur dan Injil

6 Apabila mendengar bunyi itu, mereka datang beramai-ramai lalu tercengang kerana masing-masing mendengar orang bertutur dalam bahasanya.
7 Mereka hairan dan takjub lalu berkata sesama sendiri, ‘Bukankah semuanya yang berkata-kata ini orang Galilea?
8 Bagaimanakah mungkin masing-masing kita mendengar bahasa ibunda sendiri?
9 Orang Partia, Media, dan Elam, orang yang tinggal di Mesopotamia, Yudea dan Kapadokia, Pontus dan Asia Kecil.
10 Frigia dan Pamfilia, Mesir dan kawasan-kawasan Libya yang bersempadan dengan Kirene, pengunjung dari Rom,
11 baik berbangsa Yahudi mahupun mualaf, orang Kreta dan orang Arab, kita mendengar mereka bercakap dalam bahasa kita masing-masing tentang perbuatan Allah yang menakjubkan.’
12 Oleh itu mereka hairan dan bingung lalu bertanya sesama sendiri, ‘Apakah ertinya semua ini?’
13 Ada pula yang mengejek, ‘Semua orang ini mabuk air anggur manis.’
14 Petrus berdiri bersama sebelas rasul lagi lalu berkata dengan suara yang lantang, ‘Saudara-saudara orang Yahudi dan semua penduduk di Baitulmaqdis, ketahuilah hal ini serta dengarlah baik-baik kata-kataku.
Kisah Para Rasul 2 in Kitab Suci Zabur dan Injil