Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 2:33-40 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 2:33-40 in Kitab Suci Zabur dan Injil

33 Dia telah dinaikkan ke syurga ke sebelah kanan Allah, dan daripada Allah Bapa dia telah menerima Roh Suci yang telah dijanjikan-Nya. Lalu Dia mencurahkan Roh itu seperti yang kamu lihat dan dengar sekarang.
34 Daud tidak naik ke syurga, tetapi dia sendiri berkata demikian, ‘ “Tuhan berfirman kepada Junjunganku: ‘Duduklah di sebelah kanan-Ku,
35 sehingga Kujadikan musuh-musuh-Mu alas kaki-Mu.’”
36 ‘Oleh itu, hendaklah seluruh orang Israel tahu dengan pastinya, bahawa Allah telah menjadikan Isa, yang kamu salib itu, Junjungan dan al-Masih.’
37 Apabila mereka mendengar ini, hati mereka pun berasa tertusuk, lalu mereka berkata kepada Petrus dan para rasul yang lain, ‘Saudara-saudara, apakah yang patut kami perbuat?’
38 Petrus pun berkata kepada mereka, ‘Bertaubatlah, dan hendaklah setiap orang daripada kamu diimadkan atas nama Isa al-Masih supaya dosa-dosamu diampunkan; dan kamu akan menerima pemberian Roh Suci daripada Allah;
39 kerana janji itu telah dibuat kepada kamu dan anak-anakmu, dan kepada semua yang jauh-jauh, seberapa ramai yang akan dipanggil oleh Allah Tuhan kita.’
40 Petrus bersaksi dengan banyak perkataan lain lagi, dan menyeru mereka, ‘Selamatkanlah dirimu daripada angkatan yang ingkar ini.’
Kisah Para Rasul 2 in Kitab Suci Zabur dan Injil