Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 2:20-37 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 2:20-37 in Kitab Suci Zabur dan Injil

20 Matahari akan menjadi gelap, dan bulan menjadi seperti darah, sebelum tiba hari Tuhan yang besar dan syahdu.
21 Dan berlakulah kelak, bahawa sesiapa yang menyeru nama Tuhan akan diselamatkan.”
22 ‘Saudara-saudara orang Israel, dengarlah kata-kata ini: Isa orang Nasaret itu seorang Manusia yang dipersaksikan oleh Allah kepadamu dengan mukjizat, keajaiban dan alamat yang dilakukan Allah melalui-Nya di kalangan kamu. Kamu sendiri tahu tentang hal itu.
23 Dia, yang diserahkan kepadamu seperti yang telah dirancangkan dan ditentukan oleh Allah, telah kamu salib dan bunuh dengan bantuan orang durjana.
24 Allah telah membangkitkan-Nya, setelah membebaskan-Nya daripada kesengsaraan maut, kerana tidak mungkin maut dapat menahan-Nya.
25 Kerana Daud telah berkata tentang-Nya: ‘ “Bahawa aku telah melihat Tuhan sentiasa di hadapanku. Dia ada di sisi kananku, aku tidak akan goyah.
26 Maka hatiku bersukacita, dan lidahku bergembira; dan jasadku juga akan bersandar pada harapan.
27 Kerana Kau tidak akan meninggalkan rohku di alam maut, serta Kau tidak akan membiarkan jasad Orang Suci-Mu reput.
28 Kau telah memberitahuku jalan hidup, dan Engkau akan memenuhiku dengan kebahagiaan di hadirat-Mu.”
29 ‘Saudara-saudaraku, aku akan bercakap terus terang kepadamu tentang moyang kita Daud, bahawa dia telah wafat dan dimakamkan, dan makamnya ada di tanah kita sampai hari ini.
30 Oleh sebab dia seorang nabi dan sedar bahawa Allah telah berjanji kepadanya dengan bersumpah bahawa Dia akan mengangkat daripada benih keturunan jasadnya dan mendudukkannya di atas takhta kerajaan-Nya.
31 Dia telah melihat terdahulu hal ini, maka dia bercakap tentang kebangkitan al-Masih, bahawa roh-Nya tidak akan ditinggalkan di alam maut, dan jasad-Nya tidak akan reput.
32 Allah telah membangkitkan Isa ini dan kami semua menyaksikannya.
33 Dia telah dinaikkan ke syurga ke sebelah kanan Allah, dan daripada Allah Bapa dia telah menerima Roh Suci yang telah dijanjikan-Nya. Lalu Dia mencurahkan Roh itu seperti yang kamu lihat dan dengar sekarang.
34 Daud tidak naik ke syurga, tetapi dia sendiri berkata demikian, ‘ “Tuhan berfirman kepada Junjunganku: ‘Duduklah di sebelah kanan-Ku,
35 sehingga Kujadikan musuh-musuh-Mu alas kaki-Mu.’”
36 ‘Oleh itu, hendaklah seluruh orang Israel tahu dengan pastinya, bahawa Allah telah menjadikan Isa, yang kamu salib itu, Junjungan dan al-Masih.’
37 Apabila mereka mendengar ini, hati mereka pun berasa tertusuk, lalu mereka berkata kepada Petrus dan para rasul yang lain, ‘Saudara-saudara, apakah yang patut kami perbuat?’
Kisah Para Rasul 2 in Kitab Suci Zabur dan Injil