Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 2:15-24 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 2:15-24 in Kitab Suci Zabur dan Injil

15 Mereka ini bukanlah mabuk seperti saudara-saudara sangka, kerana hari baru pukul sembilan pagi sekarang.
16 Tetapi inilah yang dikatakan oleh Nabi Yoel:
17 ‘ “Bahawa akan berlaku pada akhir zaman, firman Allah, Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua manusia. Anakmu lelaki perempuan akan bernubuat, Orang mudamu akan melihat penglihatan, Orang tuamu akan bermimpi.
18 Dan ke atas hamba-Ku lelaki perempuan, Aku akan mencurahkan Roh-Ku ketika itu, lalu mereka bernubuat.
19 Aku akan menunjukkan keajaiban di langit dan alamat di bumi, darah dan api serta kepulan-kepulan asap.
20 Matahari akan menjadi gelap, dan bulan menjadi seperti darah, sebelum tiba hari Tuhan yang besar dan syahdu.
21 Dan berlakulah kelak, bahawa sesiapa yang menyeru nama Tuhan akan diselamatkan.”
22 ‘Saudara-saudara orang Israel, dengarlah kata-kata ini: Isa orang Nasaret itu seorang Manusia yang dipersaksikan oleh Allah kepadamu dengan mukjizat, keajaiban dan alamat yang dilakukan Allah melalui-Nya di kalangan kamu. Kamu sendiri tahu tentang hal itu.
23 Dia, yang diserahkan kepadamu seperti yang telah dirancangkan dan ditentukan oleh Allah, telah kamu salib dan bunuh dengan bantuan orang durjana.
24 Allah telah membangkitkan-Nya, setelah membebaskan-Nya daripada kesengsaraan maut, kerana tidak mungkin maut dapat menahan-Nya.
Kisah Para Rasul 2 in Kitab Suci Zabur dan Injil