Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 27:2-10 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 27:2-10 in Kitab Suci Zabur dan Injil

2 Kami menaiki sebuah kapal yang datang dari Adramitium dan hendak menyusur teluk rantau tanah Asia. Aristarkhus, orang Makedonia dari Tesalonika, menyertai kami.
3 Esoknya kami singgah di Sidon. Yulius berasa kasihan dan melayani Paulus dengan baik serta membenarkannya bertemu dengan sahabat-sahabatnya untuk mendapatkan apa-apa yang diperlukannya.
4 Kemudian kami belayar menyusur Siprus di sebelah bawah angin, kerana ketika itu angin bertiup ke arah yang bertentangan dengan hala tujuan kami.
5 Setelah menyeberang laut Kilikia dan Pamfilia, kami sampai ke Mira di tanah Likia.
6 Di sana ketua tentera Kaisar itu mendapati sebuah kapal dari Iskandaria yang hendak belayar ke Itali, lalu dia menumpangkan kami dalam kapal itu.
7 Kami belayar dengan lambat dan susah payah kerana melawan arah tiupan angin. Selepas beberapa hari, kami tiba di kota Knidus. Oleh sebab masalah angin itu, kami belayar ke selatan pulau Kreta, melalui Salmone.
8 Dengan susah payah juga kami menyusur pulau itu, lalu sampai ke tempat yang bernama Lindungan Indah, berdekatan Lasea.
9 Beberapa hari kemudian, keadaan kian berbahaya untuk meneruskan pelayaran. Hari Raya Puasa orang Yahudi pun sudah berlalu. Paulus mengingatkan ketua tentera itu,
10 ‘Saudara-saudara, pada pandanganku, jika kita belayar, banyak bencana dan kerugian akan menimpa, bukan sahaja kapal ini dan muatannya malah nyawa kita juga.’
Kisah Para Rasul 27 in Kitab Suci Zabur dan Injil