Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 26:2-14 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 26:2-14 in Kitab Suci Zabur dan Injil

2 ‘Tuanku Raja Agripa, aku berasa bahagia kerana dapat menjawab tuduhan orang Yahudi ke atasku di hadapan kamu pada hari ini;
3 lebih-lebih lagi kerana kamu memahami adat dan perselisihan yang berlaku di kalangan orang Yahudi. Oleh itu aku memohon kamu mendengarku dengan sabar.
4 ‘Semua orang Yahudi telah maklum tentang diriku dari muda lagi, ketika di negeriku dan kemudiannya di Baitulmaqdis.
5 Dari mulanya mereka telah mengenaliku, kalaulah mereka mahu bersaksi. Mereka tahu bahawa aku menurut ajaran yang paling keras dalam agama kami kerana aku orang Farisi.
6 Sekarang pun aku berdiri di sini dan didakwa kerana aku berharap akan janji Allah kepada nenek moyang kami.
7 Dua belas suku bangsa kami tekun menyembah Allah siang malam dan berharap akan janji itu juga. Oleh sebab harapan inilah, aku dituduh oleh orang Yahudi.
8 Jika benar Allah membangkitkan orang daripada kematian, mengapakah pada hematmu hal itu tidak dapat dipercayai orang?
9 ‘Satu masa dulu, pada perasaan hatiku, wajar sekali aku mengambil pelbagai tindakan terhadap pengikut Isa orang Nasaret itu;
10 dan aku sudahpun berbuat demikian di Baitulmaqdis. Setelah mendapatkan kuasa daripada ketua-ketua imam, aku telah memenjarakan ramai orang yang salih; dan apabila mereka dibunuh, aku menyetujui pembunuhan itu.
11 Kerapkali di saumaah-saumaah aku menyeksa mereka dalam usaha memaksa mereka berpaling daripada Isa; dan oleh sebab terlalu berang terhadap mereka, aku memburu mereka hingga ke negeri asing.
12 ‘Pada suatu hari sedang aku dalam perjalanan ke Damsyik, dengan membawa surat kuasa daripada ketua-ketua imam,
13 pada waktu tengah hari, aku melihat di tengah jalan suatu cahaya datang dari langit, lebih terang daripada sinar matahari, bersinar mengelilingiku dan semua orang yang berjalan bersamaku.
14 Aku rebah ke bumi, lalu aku mendengar suatu suara berkata dalam bahasa Ibrani kepadaku, “Saul, Saul, mengapakah engkau menganiaya Aku? Sukarlah bagimu, seperti menendang sesuatu yang tajam.”
Kisah Para Rasul 26 in Kitab Suci Zabur dan Injil